Open your eyes and heart....

Open your eyes and heart....
All because of Allah s.w.t

Saturday, August 28, 2010

kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



-petikan dr FACEBOOK Sebutir Mutiara Seindah Wanita-

KEKUATAN YG DIPINJAM ALLAH..

Assalamualaikum..Alhamdullilah,syukur pd Nya dgn izin dan rahmatNya saya masih bernafas dan bersama2 dgn org2 yg saya sayangi..Ya Allah,terima kasih atas kekuatan yg Kau pinjamkn kepadaku..Aku adalah hamba yg lemah..terlalu lemah dan hy pd Engkau,hambaMu ini berharap dan memohon pertolongan..
Hati,
apa sebenarnya yg kau rasa? bila melihat sesuatu yg mengugat mu..hampir musnah benteng kesabaran yg terbina bila melihatnya..namun,kepada Allah jua dipohon supaya bisikan jahat itu pergi..hampir tercalar hati yg sudah makin sembuh itu..bersyukur jua pd Allah,kerana mengirimkan sahabat2 yg mampu mengubat sedikit hati ini..hati,tabah lah..sesunguhnya Allah menguji mu kerana kau mengatakan kau beriman kepadaNya..segala puji bg Allah,kerana kecelaruan mu hy sebentar..kamu stabil bila teringat kata2 Nya..: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; (Al-Baqarah:45) terasa tenang bila membaca surat cinta drNya..sungguh,janjiNya sgt benar..dgn mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang..

Bibir, terima kasih kerana mampu tersenyum dan tertawa ketika hati bingung mentafsir keadaannya.. masih mampu tersenyum ikhlas kerana mereka semua sahabat yg disayangi kerana Allah..mereka didahului kn sebaik mungkin..

Hari semalam,
pergilah kamu dgn duka dan air mata yg sudah mengalir..insyaAllah,hari ini tiada lagi air mata utk mu..kamu bukan yg hak bg diri ku.. kamu adalah sesuatu yg belum pasti..biarkan sejarah dulu terkubur dgn kemasnya..binalah masa depan dgn langkah yg teguh dan berimanlah kepadaNya..andai ditakdirkan aku bertemu dgn mu wahai hari semalam,aku harap kamu sudah menjadi hari ini utk ku..yg lepas,biarkan ia terbang bebas..aku akan menjalani hari ini dgn rs syukur dan redha..sungguh,Tuhanku dan Tuhanmu(Allah SWT) sgt dekat dgn kita..

wahai diri ku yg dicipta oleh Allah..
masih terlalu byk tugas dan tgjwb mu..sedarlah diri..jgn dilalaikan dgn sesuatu yg tidak pasti..ingat lah kata2 tuhan mu...
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
perkuatkan diri mu dgn ilmu dan amalkan lah.. binalah kekuatan dan kesabaran utk menempuh kehidupan dunia yg sgt byk dugaannya.beribadatlah kepadaNya dan binalah ketaqwaan kpdNya..sesungguhnnya Allah amat Penyayang kpd hamba2Nya..berdoalah kepadaNya..setiap saat setiap detik..tidak pernah kamu rugi kerana kebergantungan mutlak tetap pd DIA..

Thursday, August 19, 2010

Maafkan SAHABAT...

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum...langit mendung semendung hati ini..namun bibir masih terukir senyum atas dasar iman dan redha..syukur pd Allah kerana hari ni saya diuji lagi..nilai sebuah persahabatan diuji..jika benar kerana iman,saya dan kamu takkan berantakan hanya kerana ini...sahabat,maaf kn saya andai teguran saya mencalar hatimu..tak terniat di hati utk melukakn mu..saya bimbang kita akn terjerumus ke lembah dosa jika kata2 mu tidak saya tegur..mgkin salah saya kerana terlalu gopoh menegur..masih terlalu jauh perjalanan saya dlm usaha dakwah..masih terlalu byk yg perlu dipelajari supaya dakwah itu terkesan pd hati2 yg mendengar dan melihat. diri ini perlu di tarbiyah kn terlebih dahulu..maafkn diri ini teman..akn saya perbaharui ikrar persahabatan kita atas dasar IMAN...Ya Allah,Kau erat kan lah hati kami atas dasar iman kepadaMu..ya Allah,sesungguhnya aku menyayangi sahabatku kerana Mu..jd kn dia teman ku di dunia dan akhirat..aminnn...

Sunday, August 15, 2010

hidupku..

Bissmillahirahmanirrahim..
Alhamdullilah,5 Ramadhan hampir menutup tirai nya..insyaAllah,esok 6 Ramadhan akn tiba menjenguk hari makhluk bergelar insan..YA Allah,sepanjang diri ni berada di rumah setelah menamatkan pengajian ku di taman ilmu USM,terlalu banyak yg menguji kesabaran..masih terlalu nipis kesabaran ku Ya Allah.perlu ditebalkan lagi..namun diri ini sudah mudah utk tersenyum apabila sabar ku dicabar..Alhamdullilah,syukur dgn tarbiah yg Allah berikan beberapa bulan sebelum ni.mmg sakit,tp sekarang hati ini lebih tenang dan matang menilai kehidupan..sudah makin jelas jalan pulangku menuju Mu..
sebenarnya terlalu banyak yg ingin saya garap kali ni..namun cukuplah saya katakan saya sangat bersyukur dgn apa yg Allah berikan..5 Ogos 2010, tarikh istimewa utk pengajian saya..MAJLIS KONVOKESYEN USM..di anugerahkan ijazah sarjana muda sains Gunaan..Alhamdullillah..terukir senyuman puas di wajah kedua ibubapa saya dan opah..hampir menitik air mata terharu..gembira teramat,namun hati ade sedikit kecewa..namun biarkn ia menjadi rahsia hati.saya yakin dgn ape yg Allah berikan itu yg TERBAIK.tiada lagi duka dihati,cuma doa mengiringi insan itu..moga kamu bahagia..(^_^) terima kasih sgt2 buat sahabat2 yg mengizinkan saya menumpang di bilik..syg kalian..bazilah,mai,hanis,bella dan fatin,,kalian BEST!!! heee..
buat sahabat2 seperjuangku yg bergraduasi,tahniah kalian..moga persahabatan kita akan kekal hgga ke syurga..amin..


hari2 selepas graduasi diteruskan dirumah..bercuti bersama keluarga di cameron higlands..actually nak pi bagi baju2 lama kt org2 asli.bercuti sambil beramal..(^_^)
suasana yg sangat sejuk dan nyaman..subhanAllah,sgt cantik kawasan pergunungan tu.Allah menciptakan bumi sgt cantik..bersyukurlah wahai manusia..nikmat Allah manakah yg kamu dustakan??


Dan pagi2 Ramadhan,selepas sahur dan solat subuh,part time bermula..saya berkerja dgn mak cik..membantu beliau masak utk jualan di bazar Ramadhan.dan pengalaman baru bagi saya adalah menganyam ketupat palas..heee..best3..
ni ketupat palas saya yg pertama..heeee..


alhamdullillah..hari2 yg berlalu terisi dgn perkara berfaedah dan ilmiah..hati dan badan bersatu utk menunaikn tgjwb terbesar..cuba menjadi hamba Nya yg bertaqwa.bercucuk tanam di laman rumah,belajar memasak,mengemas rumah,membaca pelbagai aspek,mengaji dan tadabbur quran..setiap hari diri ini belajar..Allah mengajar kita dgn setiap perkara yg kite lihat,dengar dan buat..bukalah mata hati kamu,pasti kamu akn terlihat hikmah dan pengajaran yg sedang Allah ajar..kutiplah lah ia sebagai bekalan di akhirat sana..moga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindunganNya..
moga ketemu lagi..assalamualaikum.. =)