Open your eyes and heart....

Open your eyes and heart....
All because of Allah s.w.t

Wednesday, October 13, 2010

IKATAN HATI...

bila adik tak mahu mendengar nasihat kita,
bila anak degil dan melawan..
mereka lebih rapat dgn kwn2 diluar,
lebih banyak bersembang dan berkongsi..
kenapa semua ni berlaku?
apa yg sedang Allah sampaikan pada kita?
terfikirkah kita yg walaupun adik beradik atau anak beranak,
ada ikatan dan pertalian darah..
tapi wujudkah IKATAN HATI antara kita dan mereka???

bila hati tiada ikatan,hilang lah kemesraan antara kita,
ada benar nya..
tiada lah kepercayaan dan perkongsiaan,
tiada bibit gurauan dan tiada keikhlasan,
mgkin di sini salah kita sebagai kakak,abang,atau ibu ayah..
terlupa membina ikatan hati antara kita,
kerana kita beranggapan ikatan hati itu sudah wujud..
mereka yg bermasalah perlu didekati,
dibimbing dan dikasihi,
bukan ditinggalkan dan dihukum,

ikatan hati akn terjalin bila kasih syg di'express'kan,
sampaikan ia pd mereka,
bina kepercayaan mereka,
supaya mereka selesa utk berkongsi.

adik,kakak minta maaf,
kakak akn cuba jadi kakak dan sahabat yg baik pd adik..
insyaAllah,moga kita berdua jd penyejuk hati mak dan abah..
kakak sayang adik..

No comments:

Post a Comment