Open your eyes and heart....

Open your eyes and heart....
All because of Allah s.w.t

Wednesday, October 20, 2010

cahaya itu hampir dgn mu...

subhanaAllah,walhamdullilah walailahaillallah..Allahuakbar,
segala puji bagi Allah,
tuhan yg mentadbir sekalian alam
yang menjadikan bumi dan langit
dan yg memegang dan menetapkn hati-hati kita dalam iman..
benar...cahaya itu hampir,
terlalu hampir hingga kadang2 kita tak sedar,
ia ada di dalam hati,
namun ia terlindung dek dosa2 dan hitamnya hati,
pabila hati itu kembali putih,
nampak lah kamu akn cahaya itu..
benar,ia sgt hampir...
sujud syukur dan terasa lapang dada saya,
ketika melihat mata itu bergenang dgn mutiara jernih,
menggambarkan masih ada sinar iman
yang bersisa di hati,
masih ada peluang dan kasih syg yang Allah sisipkan di hatinya..
melihat wajah nya yg penuh dgn rs malu dan ingin berubah,
bertambah kuat semangat saya utk membantu insan ini,
bergetar suaranya menyatakan,
runtuh egonya menyembah bumi,
memohon ampun dr Illahi..
akan ku bantumu wahai insan,
sedaya mampu ku dgn izin Allah..
hanya Allah yg dapat membantu mu dan daku,
sesungguhnya Dia lah sebaik2 penolong,
dan kepadaNya lah kamu dan saya berserah diri..
wahai insan kerdil,
jangan lah kamu bersusah hati,
tuhan mu dan tuhan ku Maha Pengampun,
kasih sygNya melimpah ruah utk hamba2Nya,
kembali lah kamu kepadaNya dgn berlapang dada,
sungguh Dia menantimu dgn rs cinta dan syg,
kembalikan lah hakNya,kembali lah kamu kepadaNya,
moga kamu menjadi insan2 yg beruntung..
cahaya itu dekat..
carilah ia dgn mata hati..
nescaya kamu akn dpat melihatnya...

Wednesday, October 13, 2010

IKATAN HATI...

bila adik tak mahu mendengar nasihat kita,
bila anak degil dan melawan..
mereka lebih rapat dgn kwn2 diluar,
lebih banyak bersembang dan berkongsi..
kenapa semua ni berlaku?
apa yg sedang Allah sampaikan pada kita?
terfikirkah kita yg walaupun adik beradik atau anak beranak,
ada ikatan dan pertalian darah..
tapi wujudkah IKATAN HATI antara kita dan mereka???

bila hati tiada ikatan,hilang lah kemesraan antara kita,
ada benar nya..
tiada lah kepercayaan dan perkongsiaan,
tiada bibit gurauan dan tiada keikhlasan,
mgkin di sini salah kita sebagai kakak,abang,atau ibu ayah..
terlupa membina ikatan hati antara kita,
kerana kita beranggapan ikatan hati itu sudah wujud..
mereka yg bermasalah perlu didekati,
dibimbing dan dikasihi,
bukan ditinggalkan dan dihukum,

ikatan hati akn terjalin bila kasih syg di'express'kan,
sampaikan ia pd mereka,
bina kepercayaan mereka,
supaya mereka selesa utk berkongsi.

adik,kakak minta maaf,
kakak akn cuba jadi kakak dan sahabat yg baik pd adik..
insyaAllah,moga kita berdua jd penyejuk hati mak dan abah..
kakak sayang adik..

Sunday, October 10, 2010

bidadari dunia..kita kah itu?insyaAllah..=)


wanita solehah itu auratnya dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini.

keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yg mengoncang iman
para muslimin,
kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas atau jelingan manjanya,

kecantikan wanita solehah itu,
terletak pada pengabdian yg tulus utk tuhannya,
kerendahan hatinya,
kebaikan akhlak dan kata-katanya,
kebijaksanaannya terletak pada keyakinan
memperjuangankan agama yg dikasihinya.

pelihara lah diri mu wahai wanita solehah..
semoga kita dipilih menjadi bidadari dunia
dan sayap kiri perjuangan suami tercinta
demi agama yg benar.

p/s: selamat berjuang mujahidah2 islam sekalian..
kredit to saudaraku yg ku sygi kerana Allah atas perkongsian artikel di atas..
Al-Faruqy..jazakillah..
ia diubah sedikit..=)

Tuesday, September 28, 2010

3 idiots...

looks and sound can be so deceiving..
3 idiots..bunyi nya mcm tak menarik ja kan..
tp isi dalam cerita nya..
mantap dan penuh dgn warna warni..
menyentuh hati insan yg melihat dgn mata hati..
bibir tersenyum dan ketawa..
air mata mengalir kerna terharu,
hati terusik melihat nilai kasih dan syg..
x rugi menonton nya..
bukan seperti filem yg biasa..
ada nilai yg diterap..
percaya pd Pencipta,
percaya pd diri sendiri
nilai persahabatan
nilai dan kecintaan pada ilmu,
genius,
team player
byk lagi..
thumbs up!!

Thursday, September 23, 2010

bila rindu itu membisik

ya Allah..
bila rindu itu membisik,
aku mohon perlindungan dari Mu,
kerana ia adalah bisikan yg mengajak aku lupa pada cinta Mu..

ya Allah,
bila rindu itu membisik,
halanglah hati ku utk melayaninya
kerana rindu itu bukan miliknya..
rindu itu milik Mu..
mutlak,hy utk Mu..

ya Allah,
bila rindu itu membisik,
ingat kan lah aku tentang janji Mu,
sungguh Kau tak pernah jauh Ya Allah..

Terima kasih tuhanku...

Saturday, September 11, 2010

1 syawal= titik awal membina masa hadapan..

Assalamualaikum..alhamdullilah,masih diberi kesempatan menaip isi hati ni...1 syawal menjelma lagi,Ramadhan melabuh tirainya..dan tarikh ini memberi makna dlm hidup saya kerana pd hari ni sy melepaskn masa lepas saya dgn lapang dada..Allah berbicara dgn sy..da lama sebenarnya..cm pg tadi hati sy dpt penjelasan yg sgtttt jelas...selama hari ni hati ini terase kehilangan sesuatu...rupa2 nya ia sgt merindui Tuhan nya...bukan cinta manusia yg dikejar...cinta atra insan hy wasilah..dan matlamat nya adalah REDHA ALLAH... itu jawapan pd persoalan2 sebelum ni..hari ini,langkah diteruskan dgn tabah bersama keyakinan dan kekuatan yg dipinjam dr Allah...saya sedar, masih byk ujian demi ujian yg akn mendatang dan masih panjang perjalanan nya..tp x pa..insyaAllah,saya akan mampu melaluinya..kepada Allah jua saya bergantung harap...

hati pernah bertanya...dia kah insan itu? jawapan nya tak pasti...so,kenapa mahu bersedih dan menunggu dia?? banyak sgt kah masa mu utk berfikir ttg yg ghaib? tak percaya kah kamu dgn janji tuhan mu?? kenapa berharap pd manusia sedangkan mereka pun berharap pd Pencipta kita??tak malu kah kamu menyerah cinta kpd bukan yg berhak?? tak malu kah kamu utk mengulangi kesilapan dahulu??? erk..terkedu lidah nk menjawab...benar,sakit pd awal nya..insyaAllah,lihat lah nant..kepahitan ini akn ditukar menjadi manis jika di sulam dgn rs redha,sabar dan bergantung penuh hy pd Allah.. Allah tidak akan berbuat apa2 kepada insan yg berhajat mengubah hidupnya,hanya bila insan itu berusaha, maka Allah akn menurunkna pertolongan Nya..

perbaiki diri mu,dan sentiasa lah berusaha utk menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan memelihara iman..utamakan yg utama..tanggungjawab mu sebagai muslimah sejati,anak,kakak dan insan..biar kan kisah silam itu pergi..jgn di kenang lagi kerana yg telah pergi akn tetap pergi..hanya ketentuan Allah yg dpt menemukan kembali..kesusahan yg melanda pasti ada hikmah tersedia..la tahzan..Tuhan mu sgt adil dan Bijaksana..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


percaya lah kamu dgn janji tuhanmu..

Sunday, September 5, 2010

taubat seorg hamba...


buat diri ini dan kalian yg didoakn sentiasa dalam rahmat Nya..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

p/s: moga taubat kita diterima dan cuba lah sedaya nya utk tidak mengulanginya..