Open your eyes and heart....
Saturday, November 13, 2010
mujahadah melawan diri sendiri...(part 1)
Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdullilah,diberi kesempatan menaip lagi..da lama x berbicara secara maya ni..semalam saya ada beli solusi,isu mujahadah melawan nafsu...terpana dan terketuk rasanya bila membaca isu ni..segala yg tertulis dlm isu ni sgt terkesan dihati saya..benar,nafsu adalah musuh yg kita cintai dan sgt berbahaya dari yg lain..kita selalu bersedia utk yg nyata tp kita terlupa yg ghaib,yg paling dekat dgn kita dan yg paling berbahaya.. itulah NAFSU..
apa tu nafsu?? itulah tmpt terkumpulnya segala kekuatan amarah dan syahwat(keinginan) dlm diri manusia..
Ulama tasawuf membahagikan nafsu kepada 4 peringkat :
a) Ammarah - nafsu yg paling buruk dan hina..org yg bernafsu ammarah akn bersa bangga apabila melakukan kejahatan dan dosa..dia benci pada kebenaran dan kebaikan.
b)Lawwamah - nafsu yg mencela..apabila seseorg yg bernafsu lawwamah melakukan kejahatan,dia akn berasa kesal dan berdosa.dia akn mencela diri.tapi ketika dia melakukan kejahatan tersebut,dia terleka dan tidak sedar. apabila dia melakukan kebaikan,mudah timbul rasa bangga dan riak dlm hatinya. mereka ini mudah ditegur cuma rapuh apabila digoda maksiat.
c)Mulhamah - org ini sudah mula mendapat ilham utk melakukan kebaikan. ada bisikan utk dia terus berusaha gigih utk merubah keaadaan hatinya. dia tak mencari lg peluang utk melakukan kemungkaran.cuma ada masanya dia tak sengaja terlanjur melakukannya. dia akn cuba emnutup segala jalan ke arah maksiat dan berusaha mencari jalan utk perbaiki diri.. tapi,nafsu nya belum stabil.
d)mutmainnah- kita akn mencapai tahap nafsu terbaik ini kesan drpd mujahadah dan riyadah al-nafs(latihan diri) secara istiqamah. hati akn menjadi sgt tenang kerana nafsu sudah berjaya dijinakkan.dia seronok melakukan ketaatan kepada Allah dan merasa indah apabila meninggalkan kejahatan.. apa sahaja ujian Allah diterima dgn redha dan sabar."wahai nafsu yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dgn gembira dan menggembirakan" al- Fajr: 27
* dimanakah kita wahai sahabat/sahibah? di peringkat mana kah iman kita..saya da sedar dimana saya,dan saya akn sedaya mungkin akn memperbaikinya..ada kurg sebulan lg kita akn menjengah tahun baru hijrah, sama2 la kita selidiki iman yg terletak dihati..adakah kita menjadi tuan pada nafsu kita atau kita menjadi hamba pdnya..tepuk dada ty iman..moga keredhaan Nya sntsa bersama kita.. insyaAllah akn bertemu lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)