Open your eyes and heart....
Tuesday, September 28, 2010
3 idiots...
Thursday, September 23, 2010
bila rindu itu membisik
bila rindu itu membisik,
aku mohon perlindungan dari Mu,
kerana ia adalah bisikan yg mengajak aku lupa pada cinta Mu..
ya Allah,
bila rindu itu membisik,
halanglah hati ku utk melayaninya
kerana rindu itu bukan miliknya..
rindu itu milik Mu..
mutlak,hy utk Mu..
ya Allah,
bila rindu itu membisik,
ingat kan lah aku tentang janji Mu,
sungguh Kau tak pernah jauh Ya Allah..
Terima kasih tuhanku...
Saturday, September 11, 2010
1 syawal= titik awal membina masa hadapan..
hati pernah bertanya...dia kah insan itu? jawapan nya tak pasti...so,kenapa mahu bersedih dan menunggu dia?? banyak sgt kah masa mu utk berfikir ttg yg ghaib? tak percaya kah kamu dgn janji tuhan mu?? kenapa berharap pd manusia sedangkan mereka pun berharap pd Pencipta kita??tak malu kah kamu menyerah cinta kpd bukan yg berhak?? tak malu kah kamu utk mengulangi kesilapan dahulu??? erk..terkedu lidah nk menjawab...benar,sakit pd awal nya..insyaAllah,lihat lah nant..kepahitan ini akn ditukar menjadi manis jika di sulam dgn rs redha,sabar dan bergantung penuh hy pd Allah.. Allah tidak akan berbuat apa2 kepada insan yg berhajat mengubah hidupnya,hanya bila insan itu berusaha, maka Allah akn menurunkna pertolongan Nya..
perbaiki diri mu,dan sentiasa lah berusaha utk menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan memelihara iman..utamakan yg utama..tanggungjawab mu sebagai muslimah sejati,anak,kakak dan insan..biar kan kisah silam itu pergi..jgn di kenang lagi kerana yg telah pergi akn tetap pergi..hanya ketentuan Allah yg dpt menemukan kembali..kesusahan yg melanda pasti ada hikmah tersedia..la tahzan..Tuhan mu sgt adil dan Bijaksana..
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
percaya lah kamu dgn janji tuhanmu..
Sunday, September 5, 2010
taubat seorg hamba...
buat diri ini dan kalian yg didoakn sentiasa dalam rahmat Nya..
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
p/s: moga taubat kita diterima dan cuba lah sedaya nya utk tidak mengulanginya..
jatuh bangun ku....
kadang2 saya kuat,kadang2 saya terlalu lemah..kuat hingga mampu tersenyum redha,lemah hingga x mampu berbicara dgn hati sendiri... wahai diri ku,ingat lah..kamu seorg pejuang..ada masa nya kamu sgt kuat..namun ada masa nya kamu rebah x terdaya..bila kamu kuat,bersyukur lah sentiasa..bila kamu lemah,mohon lah kekuatan dari Nya dan mohon keampunan dr Nya..sungguh,Dia Maha Pengampun...
wahai diri ku,bangun lah setelah jatuh..jgn dibiar diri dlm kehinaan..berjuang lah walaupun kamu tahu,kamu tidak akn menang sentiasa..kerana kamu seorg pejuang yg masih kecil.. terasa malu dan rugi..sahabat lain da matang dan mengorak langkah jauh..namun,seorg sahabat berkata " ija,semua org bermula dgn kosong..lambat atau cepat bukan pengukur.." bersyukur la wahai diri kerana Allah masih melihat dan sntsa menyayangimu..kamu masih diberi kesempatan utk mengubah haluan ke arah destinasi itu..terus kan mengorak langkah..walau kdg2 kamu jatuh tersungkur,terpijak duri,hati dijangkiti virus dunia, otak jammed,ada batu besar menghalang..teruskan Khadijah.. jgn berhenti selagi jantung kamu berdegup..selagi maut x menjemput mu..
hari ni baru tersedar sesuatu..Alhamdullilah,diberi peluang utk memahami..sebanarnya da biasa dengar,tp hari ni hati yg mendengar...FOKUS: penting nya STRATEGI...nampak biasa,namun bg hati yg baru nk kuat,ia sgt penting..kerana musuh dan lawan nya terlalu licik dan ampuh..bersumpah utk memusnahkn anak Adam..insyaAllah,akn disusun strategi2...Ya Allah,mohon diberi petunjuk dan kekuatan utk hamba Mu ini terus berjuang hingga nafas ku terhenti dan pergi menghadap Mu...amin..